Monday, February 16, 2009

JOM DINE AND FUND

FAQ Dinner S4S


1. S: Dinner untuk apa ni?
J: Dinner ini untuk lancar dan kutip dana untuk projek yang khusus untuk kita-kita, bekas pelajar STF. Nama projek ini ialah S4S, singkatan untuk Srikandi-for-Srikandi. Itulah sebabnya harganya RM3000 per meja. InsyaAllah kita harapkan lebih 60% dapat dijana sebagai derma kepada tabung. Jika ada di antara kita yang tak dapat hadir ke dinner ini, jangan risau, masih boleh menderma kepada tabung S4S selepas ini.


2. S: Bila dan Di mana dinner ni?
J: Tempat: Impiana KLCC Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur. Ia sederet dengan Ascot.
Tarikh: 21 Feb 2009,
Sabtu - mula lepas maghrib,
8.00-10.30pm.
Pakaian: Glam-Glam
STRICTLY FOR WOMEN ONLY !
Peta: http://www.booking.com/hotel/my/impiana-klcc-spa.html?aid=304264



3. S: Senang tak nak park kereta nanti?
J: Memang susah sikit sebab tempatnya di hotel tu terhad. So jika bawa kereta dan tidak mahu guna khidmat "valet", boleh park di tempat parking umum di hadapan hotel. So perlahankan kereta dan himpit ke kiri selepas melepasi Mandarin Oriental, bagi signal kiri dan lihat sign board "PARKING" di sebelah kiri. Harga, tak berapa pasti...maybe RM6 kot. Gelap sikit dan jaga sikit kalau pakai kasut tinggi bila jalan kat tempat parking tu. ok.
Then cross the street to the hotel. (ada zebra crossing and flicker-flicker your eye-lashes for the cars to stop;)



4. S: Apa agenda dinner nanti?
J: Seperti biasa, agenda utama dinner, adalah makan... tapi dinner kali ini, ada 3 perkara unik: a) Makan cara BUFFET sebabnya: lebih banyak pilihan dan boleh ikut selera masing2.
b) Dinner: tidak formal dan mirip kepada zaman "Annual Party" di STF dulu-dulu. Penghibur: Kita-kita jelah.. Adik2 zaman moden, katanya dah tak ada annual party.
c) Menderma sambil bersilaturrahim

Namun, kita akan bahagikan dinner kita kepada 3 bahagian utama:
Bahagian pertama: iaitu sebelum makan - penerangan mengenai S4S ni. Ucapan2 pembukaan mestilah ada.
Bahagian ke-2: Makan. sesi berkenalan 'networking' dan pertunjukan (rahsia...tungguu) Bahagian ke-3: Deklamasi sajak, gurindam, dsb, karaoke oleh kita-kita.
Lucky draw insyaAllah ada juga.


5. S: Bila dan bagaimana saya nak kena bayar untuk dinner ni?
J: Oh soalan cepu mas tu!! Tolonglah bayar sebelum datang ke dinner. Ini amat memudahkan AJK dinner yang sudah memang nak patah kaki dan tangan....
Ada 2 cara bayaran:
i) bayar kepada ANIS, masuk ke dalam akaun persatuan: MAYBANK 01410 5411706 PBPP SEK TUN FATIMAH JB (ini tak boleh buat via maybank2u; bankin slip perlu bawa ke dinner)
or:
ii) bayar melalui maybank2u: akaun Siti Normala MAYBANK: 1627 4009 0897


6. S: ehmm apa lagi nak tanya ek? oh.. apa yang patut saya sediakan ke dinner tu nanti?
J: ok.. kita akan buka meja jualan barangan SkTF sikit, so bawalah cash, sebab credit card belum buka akaun dengan visa/mastercard lagi, dan oh ye tolong bawa BANYAK NAMECARD sendiri. Pen dan kertas akan disediakan oleh penganjur.

Jumpa di sana di sana di sanaaaaaaa!!


Kak Wa/ SK Wardah